Saturday, March 23, 2013

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA DALAM MENYOKONG PENGAJARAN BERKESAN

     
      Pengetua merupakan individu yang penting dalam memastikan penyampaian pengajaran berkesan dilaksanakan di sekolah. Beliau juga perlu bertindak sebagai fasilitator kepada guru-guru dan penyokong utama amalan pengajaran berkesan. Ini penting kerana amalan pengajaran berkesan mampu meningkatan pencapaian pelajar.
     Sebagai pemimpin pendidikan, seorang pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam pendidikan, mempunyai strategi pengajaran yang berkesan serta memahami keperluan guru dan pelajar. Pengetua juga perlu bertanggungjawab mengariskan amalan-amalan terbaik dalam memberi pengajaran berkesan kepada pelajar dan tugas ini harus dikongsi bersama dengan guru-guru. Ini kerana proses mengenal pasti amalan-amalan pengajaran berkesan memerlukan kerjasama semua pihak di sekolah terutamanya guru-guru.
     Perlaksanaan amalan-amalan pengajaran berkesan tidak dapat dilakukan jika pengetua tidak bekerjasama, tiada perancangan yang teratur dan tiada kepercayaan kepada guru-guru (Daane et al, 2000). Kerjasama diperlukan dalam mengkaji semula data , mendapatkan maklumat dari guru-guru, unit-unit atau bahagian untuk menggariskan satu pelan penambahbaikan sistem pembelajaran berkesan disekolah.
     Setelah pelan penambahbaikan dibina, pengetua perlu memastikan semua guru melaksanakan perancangan tersebut dari asas pengetahuan yang sama. Walau bagaimana, pengetua tidak seharusnya mempunyai tanggapan bahawa semua guru mempunyai tahap pemahaman yang sama mengenai strategi pengajaran dan amalan terbaik. Masih ramai guru-guru yang mempunyai pengalaman yang terhad dengan teori-teori pendidikan. Oleh yang demikian, pengetua perlu merancang pembangunan profesionalisme guru-guru dalam menjayakan pembelajaran berkesan.
     Matlamat pembangunan profesionalisme guru-guru adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan-amalan pengajaran berkesan dan memberikan maklumat tentang strategi pembelajaran lain yang berkesan dan boleh digunakan. Pengetua perlu melakukan kajian atau pemerhatian untuk merancang dan menentukan topik yang akan ditambah baik dalam  pelan Pembangunan profesionalisme (Dettmer, 2005). Amalan-amalan perlu dikaji semula pada setiap tahun untuk menentukan sama ada ianya berjaya atau tidak serta memberi kesan positif kepada pelajar. Sementara itu, pemantauan perlaksanaan amalan-amalan pengajaran berkesan oleh guru mesti diteruskan dan kesannya terhadap pelajar perlu dikenalpasti untuk penambahbaikan yang berterusan.
     Di samping itu juga, pengetua bertanggung jawab memberi motivasi serta sokongan berterusan kepada guru-guru dalam melaksanakan strategi pembelajaran berkesan. Mereka juga perlu dihargai untuk dalam mengatasi cabaran harian yang dihadapi memastikan pencapaian pelajar tercapai. Guru-guru yang bermotivasi akan membantu meningkatkan pencapaian pelajar mereka serta mencari ruang dan masa untuk meningkatkan kemahiran pengajaran mereka.
     Dalam memainkan peranan sebagai pentadbir, pengetua perlu bersedia untuk bekerjasama dengan guru-guru bagi menyokong  strategi pengajaran yang berkesan sesuai melalui penglibatan aktif, kerjasama dan kepimpinan berkesan. Siri Arahan Kualiti oleh Stetson & Associates, Inc boleh digunakan sebagai panduan kepada pengetua dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Panduan Arahan Kualiti oleh Stetson & Associates, Inc ialah;
a. Berkongsi matlamat dengan semua warga sekolah berkaitan pencapaian pelajar.
b. Bekerjasama dengan guru dalam menganalisa pencapaian dan penguasaan kurikulum oleh pelajar.
c. Menentukan masa untuk tugas menganalisa pencapaian pelajar dan keberkesanan strategi pembelajaran.
d. Melakukan penilaian semasa proses pendidikan dan strategi sedang dilaksanakan.
e. Meluangkan masa untuk memeriksa pencapaian pelajar secara berkala sepanjang tahun.
f. Memastikan semua guru dan staf memberi tumpuan kepada matlamat pencapaian pelajar manakala staf bukan akademik mengetahui matlamat yang hendak dicapai serta membantu menyokong matlamat tersebut.
g. Memastikan guru menganalisa semua penilaian formatif dan memantau prestasi pelajar mengikut standard yang ditentukan oleh sekolah / PPD / JPN /KPM.
h. Melaksanakan pembangunan profesionalisme untuk membantu guru-guru menganalisa data dan menggunakan strategi pelajaran yang berkesan.
i. Mengenalpasti kaedah tambahan bagi mengumpul data untuk menentukan sama ada telah berlaku pembelajaran.
j. Kerap melakukan pemantauan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
k. Mempunyai penunjuk standard dari PPD /JPN / KPM untuk menentukan kedudukan dan pencapaian pelajar.
l. Menggunakan kaedah yang sistematik untuk memastikan perubahan dan penambahbaikan berlaku.


PRINSIP DALAM PENAMBAHBAIKAN DIRI SEORANG PELAJAR DI SEKOLAH


 
.....menyorot kembali sel terkecil dalam badan manusia bernama sperma yang amat aktif dari seorang ayah terpaksa berenang dalam rahim ibu umpama seorang perenang maraton merentasi lautan pasifik untuk bertemu dengan sebutir permata bernama ovum cukup menawan ... terbentuk zaigot ...mengembang embrio ...ditiupkan roh ....cukup masa dan ketikanya selama lebih kurang 9 bulan ...muncul seorang insan diiringi linangan air mata kegembiraan ..dilontarkan puji-pujian kepadaNYA yang maha kuasa ..dilintasi kalimah azan dan iqamah ke salur auditori untuk santapan jiwa insan baru untuk mengenal alam ini.

.....itulah gabungan sperma dan ovum terbaik membentuk manusia terbaik yang gagah, cantik, comel, kurus, gemuk ....macam-macam lagi ...tapi ingatlah ..."sebaik-baik kejadian ialah manusia" ...sebagai murrobbi ..apakah peranan yang di AMANAH kan kepada kita untuk membentuk ..membina insan yang bernama pelajar???

...............sebagai murrobbi ..pegangan dan prinsip ini perlu ada dalam diri anda ..di mana

semua pelajar boleh belajar, diajar serta mampu untuk mencapai kejayaan dan kemajuan. Ini bermakna setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk menerima pendidikan dan amanah ini terletak di atas bahu para murrobbi. Sekolah sebagai institusi pendidikan perlu menyediakan satu wadah dalam membangunkan sistem pendidikan serta memperkembangkan intelek dan bakat tanpa mengira latar belakang, saiz fizikal, mental, emosi, kemahiran mahu pun status sosio=ekonomi . Oleh yang demikian , para murrobbi sekelian ...marilah sama-sama kita berusaha melunaskan amanah kita dalam memberi pendidikan kepada para pelajar dengan menerapkan segala ilmu yang bermanfaat dan diredhai. Ingaalah " Pendidikan bukan satu pilihan tapi satu tanggung jawab" ...mutiara kata dari Dr Fatanah Mohamed. Insyallah ...jika kita membuat penambahbaikan kepada orang lain ..Allah SWT akan menambahbaik ke atas kita ...wasalam

 

Tuesday, March 19, 2013

BIOLOGI ….SUSAH NYE

                Mengapa Bio dianggap subjek sukar?? Ye ke? Betul ke? …orang kata! …senior kata !..dia kata! .. antara jawapan yang sering didengari oleh kebanyakan pelajar aliran sains…Hari ini aku berpeluang untuk menyelia seorang wanita pula bagi subjek biologi …cukup ceria  dan mengkagumkan perjalanan kuliahnya …apa tonik yang digunakannya???
                Jam menunjukkan 4.05 petang …kelas biologi telah berlangsung selama 35 minit …keadaan makmal agak panas walaupun kipas berputar laju …tapi  semua pelajar kelihatan masih segar dan menumpukan terhadap guru yang mengajar …aku berbisik pelajar yang duduk berdekatan dengan ku.. tak  mengantuk ke?.. jawabnya ‘ tak ‘ …selalu macam ni ke ..balasku ..’ya’ ..balas pelajar tadi ..
                Tepat jam 4.30 pm ..kelas biologi tamat ..aku bertanya beberapa pelajar lain berkaitan kelas biologi tadi …”kami suka kelas biologi sebab..cikgu selalu bertanya kami dahulu cara yang kami suka untuk belajar ..lepas itu cikgu akan merancang pengajaran mengikut apa yang kami nak ..” antara jawapan pelajar
                Keputusan ujian dan peperiksaan kelas itu juga amat menggalakan …so aku boleh simpulkan …suatu yang sukar boleh dimudahkan …tidak digemari akan digemari …tapi bagaimana? Jadi penambahbaikan dalam P&P boleh dilakukan merujuk kumpulan sasaran iaitu pelajar. Oleh kerana mereka yang akan menerima ilmu itu …so seharusnya guru merancang apakah kaedah kegemaran yang mereka gemari ? ..guru perlu mengubah kaedah pengajaran mengikut cara pelajar belajar  ..
                Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah …penambahbaik dalam P&P boleh dilakukan bermula dari akar iaitu pelajar …kerana mereka yang akan terlibat secara langsung dalam proses P&P ..beri mereka peluang untuk menyuarakan apa kehendak mereka ..kemahuan mereka ..KERANA  mereka yang akan kita ajar …seperti kata Saidina Umar RA ‘ Ajarlah anakmu mengikut zamannya” …kita sebagai murrabi perlu menyelaraskan P&P bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat …wassalam

Madu dalam Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran

    Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ...semoga pertemuan kali memberikan keterbezaan ...kerapkali  dibincangkan penambahbaikan lebih menumpukan kepada pasarana ...kemudahan ..macam-macam lagi ...telah menjadi tugas pengetua untuk mengagih-agihkan tugas menyelia proses P&P guru kepada timbalan-timbalan pengetua atau ketua-ketua jabatan. Seminar Distributed Leadership : Rethinking School Improvement oleh Prof James P.Spillane semalam 18 Mac 2013 juga membantu dalam pengagihan tugas yang perlu dilaksanakan di sekolah.
    Hati cukup tersentuh semasa menyelia seorang guru Bahasa Melayu lelaki yang berpakaian kemas bertali leher memulakan kelas dengan doa dan selawat ...berbicara dengan bahasa yang mudah, ringkas, difahami dan penuh bermakna. Anak-anak murid seolah menanti apakah yang akan diucapkan oleh gurunya dengan penuh kesungguhan ...apakah rahsianya??? lebih kurang 10 minit kuliah berlaku ..ketika anak-anak murid sedang menyelesaikan kerja yang diberikan ...guru ini membawa sebotol kaca kecil dan satu bekas berisi susu plastik kecil ....dengan tenang beliau menyuapkan semua anak muridnya sama ada lelaki atau perempuan dengan sesudu madu lebah ...tanpa rasa malu dan kekok anak murid menerima suapan dengan penuh gembira dimulai dengan doa ..seolah-olah anak-anak burung yang kelaparan menunggu induknya menyuapkan makanan ke mulutnya ...begitu akrab antara guru dan anak muridnya...yang menyeronokan dan menakjubkan ialah keputusan peperiksaan peajar-pelajar ini setiap semester sepanjang 3 tahun amalan ini dilaksanakan amat cemerlang dan mendapat pengiktirafan ...
    Maksud hadis Nabi "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu"  ..keakraban jalinan hubungan itu menyorot kembali ketika malaikat Jibril A.S menyampaikan wahyu yang pertama kepada Rasullah S.W.A ....diajar Rasullah SWA "Iqra' " ...dipeluk Rasullah SAW ..berulang 3 kali ...alangkah hebatnya jika para murrabi disekolah mempunyai hubungan yang akrab dengan pelajarnya  umpama Rasullah SAW dengan Jibril AS disulami dengan manisan madu yang dapat merangsang akal untuk manadah ilmu yang dicurahkan ....jadikan amalan sunah dalam PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN di sekolah ...wassalam
                      

Friday, March 1, 2013

Pelangi di Hamparan Ulul Albab

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ..pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini ..ingin aku berkongsi cerita... Pagi tadi dua orang anak didikku bertanya kepada ku bagaimana pelangi terjadi ..seperti biasa aku menjawab dengan selamba "Kuasa Allah" mereka menjawab .."betul lah ..kami tak nafikan"...anak didikku tidak puashati dengan jawapanku ..mereka mahukan jawapan dari konteks Sains supaya dapat memahami dengan lebih lanjut lagi..
Aku membawa mereka menuju ke sebatang pokok bunga raya yang rimbun dan baru sahaja disiram dengan air oleh staf pembersihan ..."cuba kamu lihat matahari melalui titisan air yang terdapat di hujung daun " kata ku ...mereka menjawab "Tak ada apa-apa pun" ...'Relak la" jawab ku .." Cuba letakan tapak tangan dibelakang titisan air tu ..tapi bertentangan dengan matahari " kata ku lagi ..."Allah ...ada warna pelangi la.." kata anak didiku ...."macam tu lah pelangi terjadi" tegas ku.
.....Setelah beberapa ketika ..aku menjelaskan kepada mereka ...biar kita menjadi seumpama setitis air dihujung daun ...mungkin orang pandang kita lemah ..tidak berdaya ..tapi hakikatnya Allah jadikan kita amat hebat sekali ..sebaik-baik kejadian adalah manusia. Pandang dan lihatlah melalui mata hati wahai anak-anak Ulul Albab ...penuhi dadamu dengan bait-bait suci kalimah Al Quran ...umpama setitis air di hujung daun ...walau nampak halus dan kecil ...tapi ia amat jernih sekali ..apatah lagi ia mampu menyerakan sinaran matahari kepada tujuh warna yang amat indah apabila di pandang ...begitulah Allah jadikan PELANGI ..Allahu Akhbar ..