Friday, March 1, 2013

Pelangi di Hamparan Ulul Albab

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ..pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini ..ingin aku berkongsi cerita... Pagi tadi dua orang anak didikku bertanya kepada ku bagaimana pelangi terjadi ..seperti biasa aku menjawab dengan selamba "Kuasa Allah" mereka menjawab .."betul lah ..kami tak nafikan"...anak didikku tidak puashati dengan jawapanku ..mereka mahukan jawapan dari konteks Sains supaya dapat memahami dengan lebih lanjut lagi..
Aku membawa mereka menuju ke sebatang pokok bunga raya yang rimbun dan baru sahaja disiram dengan air oleh staf pembersihan ..."cuba kamu lihat matahari melalui titisan air yang terdapat di hujung daun " kata ku ...mereka menjawab "Tak ada apa-apa pun" ...'Relak la" jawab ku .." Cuba letakan tapak tangan dibelakang titisan air tu ..tapi bertentangan dengan matahari " kata ku lagi ..."Allah ...ada warna pelangi la.." kata anak didiku ...."macam tu lah pelangi terjadi" tegas ku.
.....Setelah beberapa ketika ..aku menjelaskan kepada mereka ...biar kita menjadi seumpama setitis air dihujung daun ...mungkin orang pandang kita lemah ..tidak berdaya ..tapi hakikatnya Allah jadikan kita amat hebat sekali ..sebaik-baik kejadian adalah manusia. Pandang dan lihatlah melalui mata hati wahai anak-anak Ulul Albab ...penuhi dadamu dengan bait-bait suci kalimah Al Quran ...umpama setitis air di hujung daun ...walau nampak halus dan kecil ...tapi ia amat jernih sekali ..apatah lagi ia mampu menyerakan sinaran matahari kepada tujuh warna yang amat indah apabila di pandang ...begitulah Allah jadikan PELANGI ..Allahu Akhbar ..
 

2 comments:

  1. Errr... Mcmana terjadinya hujan batu pulak, Cikgu...? Cer cite..dari konteks Sains :)

    ReplyDelete
  2. Hujan batu atau hujan ais juga dikenali sebagai hail dalam bidang meteorologi. Ia merupakan bola-bola ais yang terbentuk melalui proses kondensasi wap air di atmosfera di bawah paras beku (freezing level) pada ketinggian antara 2000m – 16000m dari paras laut. Bebola ais yang terbentuk melalui proses ini pada kebiasaannya bersaiz besar. Apabila hujan turun, bebola ais tidak sempat mencair dan terjadilah hujan air batu dan pada kebiasaannya juga diikuti dengan ribut petir

    ReplyDelete